MY HePi FaMiLy FotoPage

By: HePi FaMiLy aLwAyS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 8-Dec-2010 08:57 Email | Share | | Bookmark
Baby Sulong Adik ku..

Assalamualaikum...

Jumpa lagi.... kali ni banyak lak entry dok tunggu giliran nak publish..
ni anak adik aku.. adik lelaki aku Muhammad Firdaus and adik ipar aku
lak Hidayah.. Baby sulong mereka lahir pada 29hb September 2010..
tapi aku tak berkesempatan nak balik kampung time tu.. and baru je
raya haji lepas aku balik tengok baby diorang.. and sekarang ni baby
ni dah 2 bulan 7 hari kalau tak salah calculate..

Nama Baby PUTRI AINA BATRISYA BINTI MUHAMMAD FIRDAUS
Born 29hb SEPTEMBER 2010
Weight 2.9kg (kalau tak salah)
Tempat Lahir HOSPITAL TAIPING, PERAK


NI GAMBAR IBU and AYAH Baby PUTRI time kenduri bulan 11
raya haji tahun 2009..









SELINGAN NI.. HAIKAL TENGAH BACA BUKU BOLA KAMPUNG..
eleeehhh.. lagak je sebenarnya..



Nota Buku Lali:-
Coming Soon / Akan Datang
>> Gambar Raya Haji - Kenduri Korban Raya Ke-2
>> Gambar Relaks2 Di Kampung
>> Gambar Maha 2010
>> Gambar Uncle aku kahwin (Adik Abah aku)
>> Gambar Jalan2 ke Kedah + Tangkap Ikan Temenung
>> Gambar Beli Belah Kerepek Ikan di Lumut


Friday, 3-Dec-2010 09:34 Email | Share | | Bookmark
Posink kat Taman Tasik Taiping -17/11/2010


Assalamualaikum...

Tanggal 17hb December * PEMBETULAN:- bukan December, tp November
2010, (mintak maap... ) hihi bersamaan 10 Zulhijjah 1431, (Raya Haji)..
Aku balik kampung ngan kinah and haikal... Asben aku tak dapat balik,,,,
sebab ada tugas penting kat tempat keje.. Hakimi pun tak balik.. sebab
pesan cikgu.. nak bahagi2 kan buku teks tahun 5 on that day... so.. walau
pun terasa berat hati nak tinggalkan kimi kat KL.. and aku lak balik kampung
ngan kinah and haikal je.. terpaksa gak aku balik.. sebab nak menunaikan
taggungjawab .. majlis aqiqah haikal akan di adakan pada raya ke2 (18hb Dec)..
Lagi pun asben aku dah janji.. nak bawa kimi gi rumah adik dia yg baru bersalin
tu kat Shah Alam.. sebab mil/fil aku ade kat sana.. sambut raya haji kat KL..
so nak tak nak.. terpaksa gak aku bawa anak2 *2 org tu balik kampung..
Setiap hari aku call kimi.. and dalam 1 hari mau dekat 10 kali.. kakakakak..
mane biasa aku tinggalkan diorang camtu.. kalau asben aku sorang ade la..
ini kimi.. selalu nya aku macam mana skali pun akan angkut gak anak2 aku semua
gi mana pun.. sebab aku tak nak ape yang mengembirakan aku.. berlaku kat aku
sorang je.. ...

Ni citer pagi raya.. pukul 9am aku bertolak balik dari Puchong...
Ikut h.way plus.. terus sampai K.Kangsar.. and sampai kat Taiping
pukul 12noon.. lepas tu sape sorang adik beradik and mak.abah aku
tak dak kat Taiping.. diorang balik kg kat Pantai Remis.. sebab berkunjung
ke rumah Tok/Tok wan aku kat sana.. aku dah tak daya nak drive pegi sana..
sebab dah rasa kebas2 dah.. terpaksa aku tunggu diorang balik Taiping..
tapi memandangkan rumah mak.abah aku kat Taiping tak jauh dari Taman
Tasik Taiping tu.. (about 5-10 minit).. aku pun bawa anak2 gi sana..
celup2 kaki kat dalam air.. and snap beberapa photo ni..
jom.. tengok photo.. and dalam 15 minit je kitorang kat Taman Tasik Taiping tu..
lepas tu terus aku ajak anak2 balik.. and sampai je kat rumah mak.abah aku tu..
dalam beberapa minit (about 10 minit) diorang pun sampai skali... yeaahhhh...
dapat jumpa mak.abah.. suka suka... sambil loncat2 suka.. (aku tipu)













OK.. sekian dulu untuk kali ni...

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH untuk semua umat islam...


Nota buku lali:-
Coming Soon / Akan Datang
>> Gambar Baby Baru - Anak Sulong Adik Lelaki aku
>> Gambar Raya Haji - Kenduri Korban Raya Ke-2
>> Gambar Relaks2 Di Kampung
>> Gambar Maha 2010
>> Blom Tangkap lagi...
>> Blom Tangkap lagi...


Monday, 29-Nov-2010 05:52 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Doa Selamat kat Umah Pau

Assalamualaikum....

Mula2 tempek award yang aku dapat dari sue... http://suhaya.fotopages.com
thanksss sue..




Ha... dah tiba masanya aku tempek gambar2 kenduri doa selamat

kat umah pau tempoh hari... aku gi sana bertemankan anak aku sakinah and Haikal..

and sue yang sudi tunggu aku kat Bintang Store.. sbb aku tak pernah gi sana lagi..

thankss a lot sue... sudi menunggu aku.. maaf sebab aku lambat hari tu..

thankss untuk pau and family kerana sudi menjemput nani and co... and seronok

dapat bersama2 ngan kawan2.. thanksss...

NI SEMUA GAMBAR YANG SEMPAT AKU SNAP KAT SANA...
LAYANNNNnnnnnn >>>> ZZZZASSSSSssssss

















Nota Buku Lali:-
Coming Soon / Akan Datang
>> Gambar Kat Taman Taman Tasik Taiping
>> Gambar Baby Baru - Anak Sulong Adik Lelaki aku
>> Gambar Raya Haji - Kenduri Korban Raya Ke-2
>> Gambar Relaks2 Di Kampung
>> Gambar Maha 2010
>> Blom Tangkap lagi...
>> Blom Tangkap lagi...


Monday, 22-Nov-2010 03:34 Email | Share | | Bookmark
Makan Berge kat Tasik

Assalamualaikum...


Mula2 aku nak tempek AWARD dari PAU... http://fauzana78.fotopages.com
thankss pau.. cantek award ko skrg.. aku suke...


********************************************************************

okey.. ni gambar makan berge kat tasik...
time ni on the way balik umah dari rumah adik kat shah alam tu..
lepas tengok baby Kalis Najmi... lepas tu dah nampak haikal gaya2
cam nak tido.. kalau tak kasi makan nanti dia tido terus sampai esoknya..
jadi aku soh asben singgah kat tasik tu.. and bagi diorang makan berge dulu..
kesian haikal sbb nanti tertido dengan perut kosong..

jadi sambil asben beli berge tu.. kitorang ape lagi.. posink gaya orang jakun la..
wakakakaka.. harap maklum la kan.. kalau dah ade camera kat tangan.. ape lagi..
kita posink tak hengattt la ...


TIME NI CERAH LAGI... MASA AMIK NI MMG VIEW CANTEK SANGAT...




TIME NI ANAK2 TENGAH MAKAN BERGE.. SEDAP BERGE NI... WALAUPUN
1ST TIME KITORANG BELI KAT STALL NI.. TAPI PUAS.. ROTI LEMBUT.. SOS
SEDAP.. AND DAGING BERGE DIA PUN SEDAP.. ANAK2 SUKEEE SANGAT..


SAMBIL TUNGGU HAIKAL ABISKAN BERGE DIA... SNAP LAGI GAMBAR SAMPAI
TAK HENGAT... HEHEHE.. ALEH2 HAIKAL MARAH AKU SEBAB KACO DIA MAKAN..
WAKAKAKAKAK.. COCOK PUSAT KANG BARU TAU..






*********************************************************************

NOTA BUKU LALI:-
Coming Soon / Akan Datang
> Kenduri Doa Selamat kat umah Pau
> Balik kampung raya haji
> Gambar anak buah baru.. anak adik aku
> Tak tau tajuk lagi
> Tak tau tajuk lagi gak...
*banyak gambar lepas ni.. tunggggguuuuuuuu..


Tuesday, 16-Nov-2010 03:10 Email | Share | | Bookmark
Anak Sulong Adik Ipar aku...

Assalamualaikum...

Esok dah hari raya... semua umat islam seluruh dunia akan menyambut
Hari Raya Korban.. tentu ramai yang akan balik ke kampung halaman masing2
utk berjumpa sanak saudara dan ada juga antaranya nak balik sebab nak
menyempurnakan ibadah korban kan.. tak kira ape jua hanya 1 tujuan kan..
Aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA.. dan berhati2 walau di mana jua anda berada..


Kali ni aku nak tempek gambar adik ipar aku yang selamat melahirkan baby
sulongnya.. KALIS NAJMI secara normal di hospital swasta di Petaling Jaya..
Berat baby 2.9kg dan Baby BOY.. sihat walafiat.. hari ni baby dah pun 18 hari..
lahir pada 29hb october 2010.

Sebenarnya bila tengok balik gambar2 yang aku ada time melawat umah
adik ipar aku kat shah alam tu.. rupanya tak banyak pics yang aku snap..
jadi nak membanyak kan lagi gambar aku tu.. aku nak tempek gambar dalam
sejarah Ibu/Ayah KALIS NAJMI di ijabkabulkan dulu.. bulan 6 tahun 2009..
time tu aku cuma ade camera kecil.. cemera tu pun Blur Blur je gambar dia..
tapi time tu aku merangkap MakAndam kepada Pengantin Perempuan.. iaitu
Rohana... jadi aku yg make-upkan nye sebelum pegi ke Masjid untuk ikut serta
dalam upacara Akad Nikah tu.. ok.. gambar yang aku dah edit ke CODE:SePhiA
tu kira gambar dalam sejarah la.. yang gambar terang2 tu semua gambar baru..
*aku suka tengok balik gambar2 lama sebenarnya.. sebab tu aku nak tempak gak
gambar ibu/ayah najmi kawin tu.. *



yang bawah ni gambar KALIS NAJMI time umur dia 2 hari... selepas balik rumah..
kitorang terus gi melawat kat umah.. sebab ibunya bersalin hari Jumaat malam.. jadi
sabtu still ibunya di hospital..




Gambar kat bawah ni lak.. gambar saja2 snap.. gambar anak2 buah aku *yang kecil2 tu..
yang besar2 tu merangkap BERAS a.k.a BIRAS satu2 nya biras perempuan aku.. skrg ni..
and gambar kimi tengah wat MIMIK MUKA GEM0K....


Ok.. itu je buat masa ni... semoga jumpa lagi di waktu lain.. insyaALLAH..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA untuk semua...

Nota buku lali:
akan datang / Coming Soon
2. Gambar makan beger kat tasik
3. Gambar kenduri doa selamat kat rumah PAU
4. (gambar balik kampung raya haji) - KIV
5. (gambar baby sulong adik aku) - KIV
6. Tak tangkap gambar lagi.....
7. Tak tangkap gambar lagi.....


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net